Shaklee Corporation merupakan
sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi
sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah
kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan
komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam
sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya
terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras
serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan
sains yang terbaik.
Selama lebih 50 tahun, Shaklee
telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk
penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem
rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti
yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam
pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan
pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50
tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten
dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun,
Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang
ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi
kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu
jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee.
Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam
sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu
pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek
penyelidikan terhadap Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan
pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan
1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang
berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee membantu
Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam sebanyak satu juta
pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil langkah-langkah
bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar
pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika
Syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek
pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang
dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s
International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship
International Award daripada Social Accountability International dalam
menerajui isu pemanasan global.
Isu alam sekitar amat dititikberatkan
terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960
Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu
daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004,
sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada
Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang
diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate
2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan
masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.
Sebagai penghormatan untuk ulangtahun
Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen
persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok.
Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari
Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar Shaklee merentasi Amerika Utara telah
mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan
mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran
pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai sebahagian daripada
kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam
satu juta pokok di Kenya.
Sumber : http://www.shaklee.com.my/bm/corporation.asp
Ikhlas,
Khairunisa Abu Bakar

Tiada ulasan:
Catat Ulasan