Khamis, 20 Februari 2014

CaRa MeRaWaT SaKiT KePaLa & MiGRaiN


Assalamualaikum....

Hai Kawan-kawan...

Entry kali ni Spora nak cerita berkenaan cara merawat Sakit Kepala / Migrain atau Pening kepala dengan Shaklee. Korang tau tak Shaklee ni bukan ubat yang macam jual-jual kat Farmasi tu. Memang sama.. Farmasi pun ada jual jugak Vitamin ni. Tapi vitamin dari Shaklee ni diperbuat daripada bahan semulajadi (alami).

Sebab apa Spora berani nak Promot Set Shaklee ni kat korang semua? sebabnya Spora dah pun cuba sendiri produk ni dan ternyata ianya berkesan. Sebelum tu korang kena tau dulu apa punca tejadinya sakit kepala ni.

Antara punca – punca yang menyebabkan kita boleh menghidap sakit kepala adalah seperti berikut :- (ewah..skema gitu)

1. Terlalu Lama Menonton TV

2. Cuaca Panas

3. Stress Kerana Pekerjaan

4. Alergik

5. Kurang Makan

6. Kurang Tidur

7. Aksesoris Kepala (pita, cepet, topi, bandu)

8. Keletihan / Kepenatan

9. Aroma Menyengat (parfum, belerang)

10. Asap Rokok (kafein)

11. Pengaruh ubat-ubatan

Kadang-kadang Kita mungkin tak perasan kan, kegiatan seharian kita terdedah dengan risiko penyebab sakit kepala / migraine.. erm.. Spora sebelum ni memang kerap sakit kepala. Terutamanya bila bangun dari tidur pada waktu pagi.. Kadang-kadang kerap jugak sakit kepala sebelah.. Oleh kerana kerap sangat sakit kepala ni, Spora cari alternatif dengan google tentang cara merawat sakit kepala ni.. dalam banyak-banyak entry Spora tertarik dengan Set Shaklee iaitu B-Compleks dan Ostemetrix. Jadi Spora pun try la..

Untuk permulaan Spora Cuma beli B-Complex je. Spora makan lepas breakfast 1 biji. Ada satu haritu bangun pagi dah sakit kepala. Tapi bila pas breakfast Spora telan sebijik B-Complex dengan kuasa Allah hilang dah pening kepala Spora pada hari tersebut. Sakit kepala Spora hilang malah jadi lebih bertenaga dan tak mengantuk. Setahu Spora B-Complex ni juga menukar makanan kita menjadi tenaga. Mungkin sebab tu kot.

Keesokan harinya kepala Spora pening lagi bila bangun dari tidur. Dan lepas makan B-Complex pening kepala hilang. Bila 2,3 hari tak sakit kepala tapi lepas tu sakit lagi. Spora nekad nak try B-Complex bersama Ostemetrix. Mane tahu kot-kot sakit kepala boleh hilang.

Jadi, Spora pun beli Ostemetrix dan makan bersama B-Complex untuk ikhtiar hilangkan sakit kepala ni. Ostemetrix Spora amik 2 biji pas breakfast than 2 bji lagi pas lunch. B-Complex makan macam biasa 1 biji pas breakfast.

Nak tahu apa kesannya? Lepas ambil kedua-dua set Migrain ni memang Spora dah tak sakit kepala lagi bila bangun dari tidur… Alhamdulillah…

Jadi, untuk anda semua yang masih mengalami simptom – simptom sakit kepala / migraine / pening tu boleh la cuba Set Migrain Shaklee ni. InsyaAllah berkesan. Set ni murah je. Kalau oder dengan saya lagi la boleh dapat special price… ;)..

Okeylah.. takat ni dulu perkongsian Spora. Jumpa lagi di entry akan datang… Bye….

Pesanan : Pastikan makan Shaklee selepas makan ya dan minum air 3 liter sehari..



Ikhlas,
Khairunisa Abu Bakar
1101754
012-5993787

Tiada ulasan:

Catat Ulasan